Friday 20 September 2013

KOD TENGAH KAD PENGENALAN MALAYSIA

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..

Sangat bersyukur sebagai rakyat Malaysia ini kita telah pun selesai menyambut Hari Malaysia, di mana telah disambut meriah di Bumi Kenyalang dan Negeri Di Bawah Bayu. Ini sempena kedua negeri tersebut telah secara rasmi bersatu dengan tanah melayu. Sungguh indah Malaysia, kaya dengan hasil bumi dan rakyatnya berbilang bangsa. Semuanya hidup aman damai.

Tapi bukan perkara ini tajuk utama yang Zie nak kongsikan pada petang ini. Pasti ramai yang sudah tahu makna dua angka di tengah kad pengenalan kita kan.

Sebagai contoh : 880101- 01 -7727, nombor 01 ini menandakan di mana kita di di daftarkan semasa ibu bapa kita membuat nama kita dulu!..Bermaksud negeri dimana kita dilahirkan lah di Malaysia ini. 




Mari kita sama-sama semak dimana anda dilahirkan dan didaftarkan.



Gambar contoh tu diatas iaitu pemiliknya bernombor 14 di tengah, bermakna dia lahir dan namanya didaftarkan di sekitar WP Kuala Lumpur ( ^ _ ^ )!

Tuesday 10 September 2013

Kebaikan Dan Keburukan Diet Atkins

Ermm...beberapa hari sudah teman ofis Zie ni, asyik sarapan telur goreng dadar saja. Dalam hati Zie tertanya-tanya, kenapa ye?

Semalam Zie pun memberanikan diri bertanya, dan dia pun dengan sipu-sipu menjawab dia sedang mengamalkan diet ATKINS. Lalu dia pun bercerita panjang lebar tentangnya. Zie pula tertarik, mana tahu leh kurangkan berat badan dlm masa yg singkat menurut diet Atkins!

..Disambungkan cerita, Zie pun google lah resepi-resepi yang sesuai dengan diet ATKINS ni..tetiba pula terjumpa ini di blog blog Cik Nurfarah ni


Kebaikan.

Diet Atkins memang terbukti berkesan menurunkan berat badan, kenapa ? Dalam amalan Atkins, karbohidrat disingkirkan terus daripada pemakanan yang kita ambil. setiap makanan yang diambil terdapat 3 unsur penting iaitu karbohirat,protein dan lemak. Apabila salah satu daripadanya (karbohidrat) sudah di ‘keluarkan’ dari senarai pengambilan seharian, bererti pengamalnya juga telah berjaya mengurangkan pengambilan kalori dalam sehari, sekaligus membawa kepada penurunan berat badan.

Apabila pengambilan karbohidrat dikurangkan, yang tinggal sama ada untuk bergantung kepada makanan berasaskan protein ataupun lemak ke dalam diet pemakanan.kebanyakan makanan berlemak mengandugi gula, dan gula mempunyai karbohidrat ringkas yang tinggi, Jadi pengamal terpaksa melupakan lemak dan hanya mengambil protein.
protein pula mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai sumber tenaga. Malah badan memerlukan banyak tenaga (kalori) untuk menukarkan protein sebagai sumber tenaga, dan ini membawa kepada peningkatan kadar metabolisma, sekaligus menurun berat badan.


Keburukan 

Pengambilan protein yang banyak boleh menyebabkan kita mungkin mengambil banyak kolestrol, contohnya makanan laut seperti udang dan ikan, ianya adalah berprotein tinggi, namun hampir kesemuanya mengandungi kolestrol. Pengambilan makanan berlemak secara berterusan juga akan memaksa badan kita untuk menghasilkan lebih kolestrol di dalam badan kita. Kesan kolestrol? macam-macam, yang paling utama sakit jantung.
Selain itu, tidak mustahil juga untuk turun berat badan dalam kadar yang pantas, namun jangan terkejut jika hasilnya kelak adalah bentuk badan yang kurus-lembik, kerana proses penurunan pantas itu hanya melibatkan penurunan berat air dan otot yang banyak.

Kritikan Diet Atkins.

Konsep diet Atkins ini mudah, iaitu meletakkan tubuh badan kita dalam peringkat ‘ketosis’ – peringkat di mana tubuh badan menggunakan ketones bodies (ketones), iaitu produk sampingan untuk metabolisma protein, sebagai sumber tenaga. Ketosis mengurangkan selera makan dan membuatkan nafas berbau. Terdapat juga kajian pakar yang menunjukkan ia mampu memberi kesan kepada ketumpatan tulang (ostreoporosis) dan merosakkan buah pinggang, jika diamalkan secara berterusan, untuk jangka masa panjang. Selain itu, ketosis juga membawa kepada penghasilan Uric Acid, iaitu penyebab kepada penyakit-penyakit seperti gout (sakit sendi) dan batu karang.

Kita mungkin mengambil terlalu banyak lemak dan kolestrol sekiranya terlalu bergantung kepada sumber protein dan lemak. Meskipun makanan laut seperti udang dan ikan adalah berprotein tinggi, namun hampir kesemuanya mengandungi kolestrol. Pengambilan makanan berlemak secara berterusan juga akan memaksa badan kita untuk menghasilkan lebih kolestrol di dalam badan kita. Kesan kolestrol? Rasa-rasanya para pembaca sendiri mesti sudah mengetahui kesan paras kolestrol yang tinggi di dalam darah.

Selain itu, tidak mustahil juga untuk turun berat badan dalam kadar yang pantas, namun jangan terkejut jika hasilnya kelak adalah bentuk badan yang ‘skinny-fat-look‘ dan bukannya ‘ripped – nampak definisi otot’) kerana proses penurunan pantas itu hanya melibatkan banyak penurunan berat air dan otot yang banyak.

Apabila sumber karbohidrat menjadi sangat kurang dan defisit, badan akan mula merujuk kepada hati untuk mendapatkan glycogen sebagai sumber tenaga alternatif (masih ingat 4 hierarki tenaga yang aku ceritakan dahulu?). Badan memerlukan 3g air untuk setiap 1g glycogen yang disimpan, dan sebaliknya jika glycogen itu diguna pakai (reverse process). Bayangkan berapa banyak air yang akan hilang untuk setiap glycogen yang diguna pakai. Ramai yang mendakwa berat yang banyak turun ketika fasa pertama Atkins (atau low-carb diet yang lain) adalah penurunan lemak, tetapi hakikatnya kehilangan air juga banyak berlaku. Dan untuk menampung jumlah air yang hilang, pengamal Atkins juga harus minum jumlah air yang sangat banyak untuk memastikan diri dihidratkan semula.

Dari segi ekonomi, Atkins diet memerlukan banyak belanja. Para pembaca perlu ingat, harga pasaran untuk makanan berasaskan protein adalah mahal. Sebiji telur saiz A yang mengandungi 6.3g protein (dalam 30 sen sebiji) adalah jauh LEBIH MAHAL berbanding 2 sudu teh gula (berapa senlah sangat) yang mengandungi 8.4g karbohidrat.



*Sama lah kita Cik Nurfarah, saya tidak takut makan nasi, asalkan tidak berlebihan.

Bermulanya sebuah kehidupan

Hari ini hari pertama saya membuka sebuah blog..!